KL OBRIZZ GROUP
Ahmad Sobri Hasmuni anak jadi Johor, adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 2008. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pegawai bank pada tahun 2008 sehinggalah 2015 khusus dalam bidang pengurusan kewangan (Takaful, Pembiayaan, Pelaburan, Simpanan). Beliau juga adalah seorang perunding Hartanah bertauliah sejak dari tahun 2012 sehinggalah sekarang.
Bernaung dibawah KL Nazrizz Group, beliau mula menubuhkan agensi takaful sendiri iaitu KL OBRIZZ GROUP dengan kekuatan lebih 20 orang. Dalam masa yang singkat sahaja banyak kejayaan telah diraih oleh team mereka.

Kenapa Menjadi Perunding Takaful Bersama Obrizz Group?
Terdapat Banyak Syarikat Takaful Di Luar Sana. Dan Terdapat Banyak Ejensi Di Luar Sana.
Jadi Kenapa Perlu Memilih AIA Dan OBRIZZ Group?
Kami Sediakan 6 Sebab Kenapa Anda Perlu Bersama Kami Dalam Memulakan Kerjaya Anda Sebagai Perunding Takaful.
Panduan Untuk Berjaya Dari Yang Telah Berjaya
Anda tidak tahu bermula? Kita semua bermula begitu. Jangan risau, latihan intensif disediakan untuk anda bermula! Kami akan mengiring dan memandu anda sepanjang perjalanan anda menjadi usahawan takaful di Obrizz Group.
Kami telah berjaya melahirkan ramai usahawan takaful yang berjaya dan mereka semula bermula dari kosong. Kenapa tidak anda?
Rocket Formula Academy : Formula Rahsia Kejayaan Perunding Takaful
Kami mempunyai akademi sendiri untuk melatih anda menjadi usahawan takaful berjaya. Rocket Formula adalah formula Perunding Takaful yang diasaskan oleh Tuan Nazri Nasir, pengasas Nazrizz Group. Rocket Formula telah membantu melahirkan ramai Perunding Takaful MDRT yang hebat.
AIA Takaful : Syarikat Takaful Terulung
Bersama dengan AIA Takaful, anda bersama dengan gergasi terkemuka industri Takaful.
Ejensi Yang Kukuh (Obrizz Group: A Member of Nazrizz Group)
Anda bukan sahaja dengan syarikat takaful terulung, tetapi anda bersama antara ejensi terbaik di dalam sebuah syarikat takaful yang hebat.
Group Kami Seperti Keluarga Besar
Anda tidak bermula keseorangan kerana kami sentiasa menganggap team kami sebagai satu keluarga yang besar yang saling ambil berat, saling memberi semangat kepada satu sama lain. Kami selalu buat aktiviti seronok bersama tak kiralah sama ada kerja ataupon tidak. Cubit peha kiri, peha kanan terasa.
Kemudahan Office Yang Lengkap
Kami mempunyai kemudahan pejabat yang lengkap dan boleh di akses oleh setiap usahawan takaful Obrizz Group. Anda mempunyai kemudahan pejabat yang selesa untuk berkerja. Terus sahaja anda ingin bermula sebagai usahawan takaful, anda tak perlu bersusah cari pejabat untuk berkerja, semuanya sudah ada dan lengkap untuk anda memulakan perniagaan Takaful anda bersama Obrizz Group!
Jom Jana Income!
Usahawan ELITE Lite
- 20-50 Tahun
- Minimum SPM
- RM500 Elaun
Usahawan ELITE
- 20-35 Tahun
- 2 Tahun Pengalaman
- RM3000 Elaun
Usahawan Elite Pro
- 20-45 Tahun
- 3 Tahun Pengalaman
- RM9000 Elaun
8 SEBAB Kenapa Menjadi Usahawan Takaful Bersama AIA Takaful?

Sebab #1: Pendapatan 4-5 Angka Sebulan
Gambar di atas adalah penyata pendapatan bulan Disember 2020 salah seorang usahawan Takaful Obrizz Group. Beliau ketika itu baru sahaja menjadi Usahawan Takaful selama 2 bulan dan telah berjaya mendapat pendapatan 5 angka sebulan!
Pendapatan sebagai usahawan takaful di AIA terbahagi kepada 3 iaitu
I. Komisyen – setiap kes berjaya anda buat, anda boleh menikmati komisyen setinggi 35% sekurang kurangnya selama 6 tahun.
II. Bonus setiap bulan – Di AIA, anda juga akan diberikan bonus setiap bulan
III. Cash reward – Hampir setiap bulan AIA mengadakan cash reward campaign kepada agent-agent yang aktif.

Sebab #2: Kami Beri Anda Modal Berniaga Ratusan Ribu.
Kami beri anda modal berniaga ratusan ribu. Anda nak berniaga tetapi tak ada modal? Jangan risau, di Obrizz Group (AIA) kami ada menyediakan pelan modal perniagaan sehingga RM320 Ribu untuk anda berniaga. Jika anda nak bina team anda sendiri pon kami akan beri modal sehingga RM175 Ribu. Jadi anda bolehlah terus meroket sebaik sahaja anda masuk program Elite Academy kami. g aktif.

Sebab #3: Bina Empayar Bisnes Anda Yang Boleh Di Wariskan
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, عَلَيْكُمْ بِالتِّجَارَةِ فَإِنَّ فِيْهَا تِسْعَةَ أَعْشَارِ الرِّزْقِ Maksudnya: “Hendaklah kamu berniaga kerana padanya 9 daripada 10 rezeki.” Di Obrizz Group, kami amat menggalakkan supaya anda menceburi bidang takaful ini kerana perniagaan takaful adalah sangat murni di sisi Islam. Bina empire anda sendiri sebagai usahawan takaful yang berjaya. InsyaAllah berjaya dunia dan berjaya akhirat. Dan perniagaan yang telah anda usahakan ini boleh diwariskan kepada anak-anak anda!

Sebab #4: Masa Yang Lebih Fleksibel
KELUARGA adalah insan yang paling penting dalam kehidupan kita. Perniagaan ini bukanlah menjadikan anda seorang tidak atau kurang sibuk. Tetapi masa anda lebih flexible. Anda nak hantar ambil anak sekolah setiap, nak bercuti dengan keluarga tanpa perlu mohon cuti daripada majikan, nak lawat keluarga di kampung setiap bulan, semuanya anda yang tentukan sendiri. Jika anda sudah mempunyai perniagaan lain, anda juga boleh memulakan perniagaan ini secara sambilan terlebih dahulu kerana perniagaan ini mudah dan flexible dari segi masa.

Sebab #5: Gajet, Kereta Terbaru & Pelbagai Reward Hadiah
Dengan prestasi yang baik, pelbagai ganjaran hadiah menanti anda. Dari jam tangan, ipad, iphone bahkan bayaran downpayment untuk kereta impian anda boleh anda dapat dari menjadi seorang Perunding Takful AIA Obrizz Group.

Sebab #6: Peluang Bercuti ke Luar Negara
Banyangkan anda dapat bercuti ke Sepanyol, Tanah Suci Mekkah, Dhubai, Kemboja, dan percutian dalam negara secara PERCUMA? Menarik tak? Ya, kami beri percuma sahaja! Setiap tahun anda bekerja, setiap tahun juga anda reward diri anda dengan percutian percuma!

Sebab #7: Panduan & Latihan Untuk Menjadi Usahawan Takaful Berjaya
Di AIA, terutama bersama Obrizz Group, anda tidak dibiarkan terkapai-kapai tanpa panduan. AIA Takaful dan Obrizz Group menyediakan latihan dan panduan bagaiaman anda boleh menjana pendapatan 5 angka dan lebih sejurus anda bermula!

Sebab #8: Modal Permulaan Yang Rendah
Berapa modal untuk berniaga? Buka kedai makan, anda perlu berberlanja hingga puluhan dan ratusan ribu. Membuka gerai sahaja pun sudah memakan belanja ribuan ringgit.
Tetapi dengan menjadi usahawan Takaful di AIA dengan hanya modal RM80 sahaja, anda boleh memulakan kerjaya anda sebagai usahawan Takaful bersama AIA dan mendapat pendapatan 4-5 angka setiap bulan!
tonton video ini
Lihat bagaimana mereka sudah berjaya mengubah hidup