A-SME Platinum-i

MENGENAI PRODUK INI

Menarik, memotivasi dan mengekalkan pekerja yang baik adalah satu cabaran kepada mana-mana organisasi. Pekerja anda merupakan penggerak di belakang perniagaan anda dan sebagai majikan yang bertanggungjawab, adalah penting bagi anda untuk menjaga kesejahteraan mereka. Sertai A-SME Platinum-i dan anda boleh memastikan kebajikan pekerja anda akan dijaga degan baik.

A-SME Platinum-i direka bagi menguruskan pelan faedah pekerja dalam perusahaan kecil dan sederhana; terutamanya untuk 5-150 orang pekerja. Ia adalah pusat bagi semua keperluan faedah pekerja anda, menyediakan perlindungan maksimum untuk keadaan yang tidak dijangka seperti kematian/kehilangan upaya, Penyakit Kritikal dan kos perubatan yang semakin meningkat.

Tempoh Perlindungan

PEKERJA SEPENUH MASA

Umur Penyertaan

65 TAHUN DAN KE BAWAH

APA YANG DISEDIAKAN?

Badal-Haji

PERLINDUNGAN HAYAT BERTEMPOH KUMPULAN

Memberi jaminan kewangan kepada pekerja sekiranya berlaku kematian yang tidak dijangka.

A) Faedah Asas:

– Kematian

B) Faedah Tambahan:

– Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal

– Kematian & Hilang Upaya Kemalangan

– Penyakit Terminal

– Perbelanjaan Repatriasi

C) Faedah Pilihan Rider Penyakit Kritikal

Perlindungan-Menyeluruh

PERLINDUNGAN PERUBATAN KUMPULAN

Menjaga pekerja anda dengan menyediakan pelan kemasukan ke hospital yang lengkap. Dengan pelan ini, pekerja anda akan menerima perlindungan perubatan yang mencukupi di waktu memerlukan.

A) Faedah Asas:

– Perlindungan Hospitalisasi dan Pembedahan, termasuk faedah tunai harian

B) Faedah Pilihan:

– Rider Penjagaan Pesakit Luar

Kematian

DEDUKTIBEL

Pilihan deduktibel untuk membantu anda menguruskan kos sambil memberikan perlindungan kesihatan yang relevan dengan keperluan pekerja anda.

Dengan deduktibel, anda juga akan dapat menguruskan sebarang risiko tuntutan atau penyalahgunaan kerana pekerja anda juga akan mengambil bahagian untuk menguruskan kos.

seumur-hidup

FLEKSIBEL & DISESUAIKAN

Sesuaikan pelan kesihatan kumpulan anda, pilih liputan perubatan dan jangka hayat yang sesuai dengan keperluan dan belanjawan perniagaan anda.

Fleksibiliti untuk memilih dari pelbagai faedah dan pilihan jumlah yang diinsuranskan untuk kategori pekerja yang berbeza.

Kematian-Kemalangan

KEMALANGAN DIRI KUMPULAN

Dengan peningkatan ketidaktentuan daripada kejadian bencana alam hingga kemalangan semasa menjalankan urusan kerja, ianya menjadi keperluan untuk mempunyai penyelesaian insurans yang fleksibel, efektif dari segi kos dan komprehensif bagi menjamin aset paling berharga iaitu anda dan pekerja anda.

Memberi pampasan kepada pekerja anda sekiranya berlaku kecederaan, kecacatan atau kematian yang disebabkan oleh kemalangan secara tiba-tiba dan tidak dijangka.

Hospital-Panel

RANGKAIAN PENYEDIA PERUBATAN

Nikmati sokongan perubatan yang luas dari rangkaian klinik GP panel kami, yang terdapat di lokasi strategik di seluruh negara.

Rangkaian kami yang luas menyediakan akses, pilihan dan kemudahan yang mudah. Rangkaian penyedia perubatan kami juga merangkumi semua hospital besar di seluruh negara.

Lebihan

AKSES TANPA TUNAI UNTUK PENJAGAAN PERUBATAN

Rawatan perubatan pesakit luar diberikan secara tanpa tunai kepada pekerja anda di mana-mana klinik Panel GP kami di seluruh negara.

Dengan mengemukakan Kad Maya Ahli AIA melalui aplikasi My AIA, pekerja anda akan menikmati kemudahan dan akses mudah bagi rawatan pesakit luar.

Dengan mengemukakan Kad Maya Ahli AIA melalui aplikasi My AIA, pekerja anda akan menikmati kemudahan dan akses mudah bagi rawatan pesakit luar.

Had-Tahunan-Tinggi

MEDCARE KUMPULAN

Akses eksklusif untuk Perkhidmatan Pengurusan Kes Perubatan Peribadi, memastikan pekerja anda mendapat rawatan sebaik mungkin dan sokongan peribadi berterusan sepanjang perjalanan perubatan mereka apabila didiagnosis dengan keadaan serius atau kompleks.

Disokong oleh pasukan perubatan yang berdedikasi dan peribadi, diketuai oleh pengurus kes perubatan peribadi untuk menilai semula dan menguruskan keadaan perubatan pekerja anda.

Ini adalah faedah tambahan yang ditadbir oleh penyedia perkhidmatan kami, Medix Medical Services Asia Limited (Medix), sebuah syarikat yang pakar dalam pengurusan perubatan global yang berkualiti.

Ilustrasi Manfaat A-SME Platinum-i

Pelan Perlindungan Komprehensif Untuk Pekerja-Pekerja Anda

SOALAN LAZIM