A-LIFE LEGASI

MENGENAI PRODUK INI

Legasi bermakna pemberian yang diwarisi daripada generasi sebelum ini. Legasi yang ditinggalkan sering kali dikaitkan dengan pengakhiran, tetapi sebenarnya, ia adalah permulaan era baru yang terjamin. Legasi ditakrifkan sebagai kenangan yang dikongsi, keputusan yang dibuat, serta tindakan yang diambil oleh mereka dari generasi sebelum ini sebagai persediaan untuk masa akan datang. Ianya merupakan tindakan yang diambil dalam memastikan orang yang kita sayangi bersedia untuk menghadapi cabaran hidup serta menjamin masa depan generasi kita yang seterusnya

A-Life Legasi adalah pelan Takaful Keluarga yang memastikan orang yang anda sayangi boleh terus mencapai harapan dan mimpi mereka. Ianya memberi ganjaran ke atas perjalanan hidup anda dan dalam masa yang sama juga melindungi orang tersayang demi masa depan mereka. Tinggalkan legasi anda bersama yang terhebat.

Tempoh Perlindungan

SEHINGGA UMUR 70 & 80 TAHUN

Umur Penyertaan

14 HARI - 70 TAHUN

APA YANG DISEDIAKAN?

Personal-Accident-AIA

PERLINDUNGAN SEHINGGA 600% UNTUK KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN

Kami akan membayar dua kali ganda jumlah perlindungan jika anda mati akibat kemalangan, tiga kali ganda jika kemalangan berlaku dalam pengangkutan awam dan enam kali ganda jika anda mati akibat bencana alam.

Perlindungan-Komprehensif

PILIHAN UNTUK TEMPOH PERLINDUNGAN DAN TEMPOH CARUMAN

Anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih panjang tempoh perlindungan dan tempoh caruman anda, bergantung pada komitmen dan aspirasi kewangan anda untuk orang yang anda sayangi.

Lebihan

DAPATKAN GANJARAN UNTUK PENGURUSAN KEWANGAN ANDA YANG BAIK

Kami akan kreditkan peratusan caruman tahunan anda setiap 2 tahun ke dalam dana yang dipanggil Akaun Legasi, selagi anda membayar caruman anda pada masanya, sehingga 3% daripada caruman tahunan anda. Jika anda kekal membayar caruman anda tepat pada masanya, jumlah tambahan sehingga 15% daripada nilai akaun anda dalam Dana Akaun Peserta akan dibayar kepada Akaun Legasi anda. Faedah ini akan dibayar daripada dana Pengendali Takaful sebagai hibah (hadiah).

Kebajikan

KONGSIKAN LEGASI ANDA KEPADA KOMUNITI

Tiada perasaan yang lebih baik daripada perbuatan memberi, terutama memberi dan membantu mereka yang memerlukan – dengan A-Plus Infaq yang dilampirkan, kami akan membayar jumlah dilindungi rider ini kepada organisasi amal yang anda pilih sekiranya anda meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal.

Reward

RAIKAN PENCAPAIAN HIDUP ANDA

Meraikan peristiwa penting dapat memberi kita perasaan yang luar biasa. Dengan ciri Akaun Legasi, kami akan membayar sehingga 50% dari amaun dalam Akaun Legasi sekiranya anda lulus dari institusi pengajian tinggi, berkahwin, mempunyai anak, membeli rumah pertama anda, meraikan ulang tahun perkahwinan anda, bersara pada usia 60 tahun dan banyak lagi.

AIA-Vitality

DAPATKAN LEBIH GANJARAN BERSAMA AIA VITALITY

Selagi anda mengekalkan kesihatan anda bersama AIA Vitality, anda akan menikmati amaun tambahan yang akan dibayar kepada anda setiap tahun, sehingga 10% daripada jumlah semasa anda yang terkumpul Akaun Legasi. Pada masa yang sama, anda boleh menikmati tambahan 30% daripada Akaun Legasi yang terkumpul yang akan dibayar kepada anda atas pencapaian hidup anda.

Haji-Umrah

PERLINDUNGAN KETIKA HAJI DAN UMRAH

Kami akan membayar 200% daripada jumlah dilindungi jika anda mati semasa melakukan Haji atau Umrah.

Ilustrasi Manfaat A-Life Legasi

Pelan Hibah Mampu Milik Untuk Rakyat Malaysia! 100% Patuh Syariah

Ilustrasi Manfaat A-Life Legasi