A-LIFE IKHTIAR + A-PLUS TOTAL HEALTH

MENGENAI PRODUK INI

Keluarga adalah antara anugerah yang terindah dan tidak ternilai. Oleh kerana itu, anda ingin memastikan keluarga anda dilindungi sebaiknya walaupun apabila anda sudah tiada.

Memperkenalkan A-Life Ikhtiar, sebuah pelan Takaful Keluarga yang menyediakan jaringan keselamatan kewangan sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka kepada anda. Pelan ini memberikan anda kebebasan untuk memilih tahap perlindungan dan pilihan perlindungan tambahan mengikut keperluan anda.

Sekiranya anda menyertakan perlindungan tambahan A-Plus Total Health dengan pelan ini, anda boleh menikmati perlindungan perubatan yang menyeluruh. Bagi setiap tahun di mana anda tidak membuat tuntutan, sejumlah amaun akan dikreditkan ke dalam Health Wallet anda bagi membolehkan anda menjalani saringan kesihatan, vaksinasi, rawatan pemulihan dan banyak lagi.

Anda juga boleh menambah perlindungan perubatan di bawah pelan A-Plus Total Health kepada pasangan dan anak-anak anda di bawah sijil asas yang sama.

Tempoh Perlindungan

SEHINGGA UMUR 70 & 80 TAHUN

Umur Penyertaan

14 HARI - 60 TAHUN

APA YANG DISEDIAKAN?

FAEDAH KEMATIAN

Pelan ini akan membayar amaun jumlah dilindungi secara sekali gus kepada keluarga anda sebagai bantuan kewangan sekiranya anda meninggal dunia.

Personal-Accident-AIA

PERLINDUNGAN KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN

Keluarga anda akan menerima RM 5,000 untuk mengatur Badal Haji bagi pihak anda sekiranya anda meninggal dunia

Badal-Haji

FAEDAH BADAL HAJI

Keluarga anda akan menerima RM 5,000 untuk mengatur Badal Haji bagi pihak anda sekiranya anda meninggal dunia

Kebajikan

LEBIHAN UNTUK KEBAJIKAN

Tingkatkan amal kebajikan anda kepada masyarakat dengan memilih untuk menderma sebarang lebihan yang anda mungkin terima kepada badan amal.

ILUSTRASI MANFAAT KAD PERUBATAN KELUARGA AIA

Perlindungan menyeluruh merangkumi perubatan, simpanan & pelaburan dan hibah.